SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Wednesday, January 30, 2013

kenangan yang hilang #1

woot woot..actually nak update cerita pasal pavlova..tapi rase macam malas..tapi nak update pasal ni rajin pulak..tadi pergi lepas rindu dendam kesumat (hamek kau) kat kakak terchenta..tak plan pon..naik ktm sampai senawang..kakak ambik naik motor (yeeha)..balik rumah ibu terkejut tetiba aku ada..mau taknya, aku tak pernah jejak kaki rumah sane sendiri..papa balik lunch kat rumah, aku menyorok tepi kakak (nampak tak nak tunjuk kakak gemuk)..tapi papa punya muka takde perasaan..tak terkejut langsung..hampagas elektrik betul..so enough intro yang dah panjang lebar ni..

kakak tunjuk satu albumm..bagi aku album ni macam satu buku cerita yang sangat......(undescribe)..yang aku tahu bila aku bukak album ni, air mata rase senang je nak jatuh..buku cerita yang ceritakan macam mana kisah hidup aku dengan ibu, papa and kakak dulu..aku macam dapat rasa balik perasaan dalam setiap gambar kat album tu..kenangan sebelum kami dipisahkan..sebelum semua membawa haluan masing2 dengan cara sendiri..and sekarang aku dah pun 20 tahun bila aku jumpa balik kenangan tu..aku still boleh ingat setiap detik dalam gambar tu..apa yang aku buat, apa yang aku cakap, apa yang aku pakai..tapi pelik aku ingat pasal aku je dalam gambar tu semua..aku tak ingat orang kat sekeliling aku..mungkin tu cara Allah swt tak nak aku sedih bila ingat balik semua tu..so lets the pictures talk..



























nampak tak senyuman aku and kakak dalam setiap gambar tu..lepas tu, senyuman tu hilang..and sekarang aku kena cari balik senyuman bersama tu..in every single pictures aku dengan kakak, kakak mesti x lepas pegang leher aku and aku pegang pinggang dia (sebab aku pendek)..ibu selalu cerita dulu ada kami dua orang anak perempuan rasa macam ada dua anak lelaki..selalu bergaduh..pantang jumpa..tapi sekarang itu lah yang jadi kenangan..ramai yang tahu kisah hidup aku..for now, ini lah kisah hidup aku..semua ada dalam gambar ni..


p/s : kakak aku kedekut tak nak bagi aku simpan album tu..so terpaksa snap gambar guna camera fon..tu pon separuh je..




Lots of Love

AMEERA ROSLAN








Monday, January 21, 2013

this is the real life

sedarlah bahawa sebelum aku tulis post ni aku ambik masa berjam jam untuk tenangkan fikiran dulu sebab kalau tak memang post ni akan penuh dengan sumpah seranah..even semua orang yang tegur aku kat fb or whatsapp pon dah almost kena maki dengan aku..nasib baik aku tak nak kurang ajar..so starting dia, ayah aku masuk hospital..lutut injured..maybe nak kena operate..and aku??ade ni haa kat rumah mengahadap lappy online facebook and update blog..kaitan dengan tajuk entry??haa meh sini teman nak kabo..

maybe aku upset sebab at this time the whole family ada kat hospital dengan ayah aku tapi aku sorang je kat rumah tak boleh nak buat pape..sebab aku takde transport and tak boleh nak pergi sendiri..so nak kena berharap kat orang lain..mak aku pergi sane lepas habis kerja dari ofis..adik2 lepas habis sekolah balik rumah nenek and aunty terus hantar pergi hospital..aku??tengok movie kat HBO and online macam tak de pape jadi..style tak??

bukan lah aku nak salahkan orang sebab tak tolong aku..salah aku sendiri sebab tak boleh berdikari..nak harapkan bantuan orang..pengaruh drama banyak sangat..kalau dalam drama boleh laa cerita ada masalah je berebut orang nak tolong..sampai gaduh sebab nak tolong..wake up girl..tu dalam drama..this is the real life..and here hidup tak semudah tu..

mungkin sebab aku ingat ramai orang yang boleh diharap and ada masa aku memerlukan buat aku jadi marah and upset bila aku sedar hakikatnya tak macam tu..standard bila ada masalah update kat facebook and ramai yang like and tanya masalah apa..even ada yang sanggup pm, call, mesej or whatsapp tanya keadaan or masalah ok ke tak..kalau perlukan bantuan just bagi tau (trust me, this only happen at facebook,not real life)..masa tu mesti rasa macam ramai gila yang ambil berat pasal diri ini..(pergh ayat dia)..tapi kalau setakat update status sedih sebab kucing mati tak kan nak suruh orang tu datang baca yasin kat kucing tu plak kot kan..so cerita tu berakhir dengan indah sebab kita rasa ada yang mengambil berat..tapi bila datang masalah yang betul2 memerlukan bantuan, there it goes..maka tiada lagi happy ending..kau punya masalah, kau tanggung laa sendiri..

well this is life..mungkin ada segelintir yang masih boleh diharapkan sebagai tempat bergantung semasa susah namun segelintir itu terlampau kecil bilangannya..(ayat aku memang jadi shakespeare bila tengah marah)..mohon maaf kalau ada yang terasa..sesungguhnya tiada siapa yang salah..yang salah ialah diri sendiri yang sentiasa mengharapkan bantuan orang lain..moral of the story, jangan harapkan orang lain selain diri sendiri..sebab diri sendiri je yang sanggup berkorban..



Lots of Love

AMEERA ROSLAN


Sunday, January 20, 2013

jatuh hati dengan boyfriend orang??

ha..memang tu jela kerja aku sebenarnye..suka boyfriend orang..asal aku suke kat orang je, mesti orang tu boyfriend orang..end up aku jugak yang makan hati..sape suruh cari pasal..habis kalau aku asyik dok suke boyfriend orang je, memang single jela cerita dia..masuk ni dah tak tau kali ke berapa aku suka orang and end up tau dia dah ade girlfriend and happy ever after dah..i know people will said alaa, couple je pon, tak kahwin lagi..(celupar mulut kau dek non..) aku bukan perampas okay..jangan nak kacau hubungan orang..esok2 orang buat macam tu balik kat kau baru kau tau tinggi rendah langit tu..(nampak tak ayat marah disitu)..salah aku ke suka boyfriend orang..kalau laa aku boleh kawal apa yang nak jadi..so keep on makan hati jela..

true words..




unexpected..






Lots of Love

AMEERA ROSLAN




alahai emak kahwinkan aku

sekarang ni tengah gila meroyan nak kahwin..gatai no dek non..suruh mak carikan calon sebab takde orang nak..alahai..kisahnye sebab ada bestfriend dari sekolah menengah dah kahwin..padahal yang kahwinnya dah berbulan..bulan 10 last year..tapi sekarang baru datang angin meroyan aku pulak nak kahwin..sebab baru dapat berita yang bestfriend tu dah pregnant..amboi, subur kau noks..

call tok wan kat kampung..gile kau siap call nenek sebab nak kahwin..cerita kat tok wan sebab tok wan pon kenal member ni..tok wan cakap "biasa laa tu..dah kahwin,memang laa pregnant..ape yang peliknye".. wahai nenekku sayang, tau tak cucumu ini tak boleh terima ada kawan yang sebaya dah pregnant..tapi betul jugak tok wan cakap, kalau dah kahwin memang la pregnant..kalau kahwin tak pregnant pelik plak..(lagi pelik bila tak kahwin tapi dah pregnant..jeng jeng jeng)..tok wan siap boleh tanya lagi "kenapa??kau nak jugak" aduhai, soalan cepu mas..cepat je jawab taknak..

so,tiga tahun setengah habis part one..kalau tak kena repeat pape laa..(nauzubillah)..sambung part two dua tahun..baru boleh jadi assistant arkitek and kahwin..by that time umur aku ermmmmm 18..(nampak sangat tak sedar dirinya)..umur aku 24 tahun..tak de laa lewat sangat..yang gatal sangat nak kahwin sekarang dah kenapa..yang aku heran, gatal nak kahwin tapi calonnya takde..adehh..

so for now hanya mampu photoshoot pakai baju kahwin sambil berangan jelaa..siapala yang akan jadi mangsa nanti..haha..

so, inilah dia sahabatku sharifah nuramilia and husband..sebaya aku and dah pun pregnant..tahniah babe..dulu kita dating same2 kat dewan makan asrama..sekarang kau dah bakal jadi ibu..alhamdulillah..

ni kak aida, senior setahun dari aku masa sekolah menengah with husband..

ni kak diniey, kakak angkat mase sekolah menengah jugak..senior aku 3 tahun..

sweet kan dorang..sebab tu laa aku pon meroyan nak kahwin jugak..nak sweet sweet jugak..tahniah buat semua and semoga bahagia ke anak cucu and murah rezeki..aminn..(untuk pengetahuan, gambar ni semua aku curi kat fb dorang tanpa izin..ampun mak abah..mati aku lepas ni..)..aku tau dorang semua cantik tapi harap maaf mereka dah pun berkahwin..(mesti bile korang tengok gambar korang cakap patutla dorang dah kahwin and patut laa aku dah kahwin..celupar mulut kau jah)..yang belom kahwin kat bawah ni..apa lagi, masuk laa meminang..(pffttttt)




Lots of Love

AMEERA ROSLAN





Saturday, January 19, 2013

B untuk bosan


ni laa orang cakap tak reti nak bersyukur..masa zaman sibuk mengalahkan PM dulu, makan tak sempat, tidur tak sempat, mandi tak sempat, ape pon tak sempat, merungut..sampai pengsan laa ape laa..sekarang orang dah bagi cuti pon merungut lagi..bile laa nak berhenti merungut ni..

masalahnye bukan aku sengaja nak merungut..satu sem belajar architecture yang buat aku jadi macam ni..i mean, dah terbiasa sangat busy je memanjang, otak dalam keadaan maximum usage 24 jam, bila dah dapat cuti lama2 ni jem laa..adeh..

mula laa rasa macam nak hantuk kepala kat dinding..tidur, tengok tv, on9 and makan je keje..serious bosan tahap dewa dah ni..maka datangla idea apa nak buat bagi meghilangkan tahap bosan yang melampau ni.

1. melukis - tapi macam pelik plak nak melukis..satu sem menghadap buku lukisan..orang dah bagi cuti ni lagi nak melukis..alahai..

2. window shopping - kenapa window shopping??sebab takde duit..kalau ade duit dah jadi shopping je..takdenya nak window sangat..

3. kerja - tak digalakkan sebab masa yang ada pon tak banyak..more or less, sebulan..orang suruh duduk rumah diam2 rest, kau pergi kerja pulak..

4. masak - this one bagi yang suka masak laa..kalau dah kerja hanguskan dapur je lupakan idea yang ni..memandangkan aku ni gila buat dessert, so this is the best choice for now..next in list-PAVLOVA

5. picnic - actually the real word is holiday..tapi aku delete balik sebab aku takde duit nak pergi goliday..so ganti dengan picnic..anywhere..waterpark maybe??

6. movie - ni lagi satu idea yang menghabiskan duit..end up beli kat astro fist and astro best je..baring atas tilam lagi ha..kau ade??


SOON




Lots of Love

AMEERA ROSLAN


Thursday, January 17, 2013

30 fakta wanita

lately tak tau laa kenapa perasan wanita sangat..benda alah ni aku copy je dari blog lain..terserlah kemalasan disitu..



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!(tak yah renung..jeling dengan hujung mata pon aku dah cair)



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.(and sekarang aku tengah luahkan dengan benda  alah ni)



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.(i love his smile and cara dia kerutkan hidung dia setiap kali dia senyum)



14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.




15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.(kena pulak birthday same..apsal laa aku tak kenal dia time tu jugak)



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.(takyah gambar kelas, gambar kat fb pon jadi)



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…(sebab ni lah aku jatuh hati)



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.







Lots of Love

AMEERA ROSLAN

Wednesday, January 16, 2013

aku wanita


ni aku nak cerita apa yang aku rasa..mungkin tak semua wanita rasa benda yang sama tapi aku selaku salah seorang wanita nak cerita ape aku rasa (walaupon ramai kawan aku cakap aku lelaki..pfftt..)..mngkin ada jugak yang rasa benda yang sama kan..

aku rasa hati seorang wanita ni senang sangat tersentuh or jatuh hati bila ada orang yang ambik berat pasal dia..(sape setuju angkat kening ala2 ziana zain)..contohnya kalau kau tengah sakit and then ada orang nak tolong mesti rasa terharu giteww kann..and plus cara dia tolong pon macam berjaga2 and hormat kau..
macam kalau aku sakit, and one guy ni mintak izin nak pegang perut aku and tengok aku sakit kat mane..kalau dia main sentuh je memang kena backhand laa kan..or bila tidur ramai2 and kau cakap kau sejuk, dia bangun tutup aircond..or at least dia tanya kau kenapa kau sakit, or kenapa tak makan pon dah cukup buat kau rase tersentuh..tipu laa kalau cakap tak rase pape..

wanita jugak senang jatuh hati bila seorang lelaki tu cepat mesra dengan dia..macam baru je kenal tapi perangai that guy yang friendly, happy go lucky, gila2 akan buat kita rase cepat selesa..so senang nak borak, nak bercerita, lepak same..(sape setuju angkat kaki gaya misha omar)..

wanita jugak suka bila lelaki menyakat dia (tambah2 kalau memang dia suka lelaki tu)..macam kau selalu pandang lelaki tu masa dia bercakap or bercerita tapi lelaki tu langsung tak pandang kau balik, so kau expect dia tak perasan kau pandang dia..tapi sebenranye dia tau kau pandang dia and saje je nak menyakat kau..at one point bile dia ade peluang kenakan kau, dia akan kenakan kau and maybe dia akan cakap something macam "pandang laa..kenapa tak pandang..tadi nak pandang sangat kan" and kau pon segan sorang2 sebab dia tau kau pandang dia macam nak telan tadi..

ada seorang hamba Allah ni, tanpa dia sedar dia dah buat aku cepat menerima kehadiran dia..walaupun setakat kawan je, tapi aku seronok..sebab aku wanita..







Lots of Love
AMEERA ROSLAN



Saturday, January 12, 2013

am i the only one

tak tau laa kenapa dunia blogger ni sangatlah yang amat tak serasi dengan aku..susah bebenor nak update even sekali sehari padahal orang lain boleh je ha nak update berkali kali sehari..ade je alasan tak boleh nak update..tak de benda nak cerita la, malas nak type laa, line slow macam haram laa, banyak assignment la..so end up bersawang laa blog ni jadi khazanah alam..tu laa, orang ada blog kita pon nak ada blog jugak..bajet nanti boleh cakap dek non pon hado..kau hado??haa sekarang padan muka kau..tak sedar diri yang memang sejak azali pemalas.. 

but then now bile bukak blog balik rasa macam ramai pulak yang jarang update blog ni..tinggal berapa kerat je..kenapakah??dah jadi trending ke tak update blog??ke semua pon da ketandusan idea??(hambek kau, ketandusan katanya) so aku tak kesorangan laa kan..yang beberapa kerat yang selalu update pon biasanya yang cerita pasal gosip artis, yang ada online business, blogger yang dah famous and ramai follower, and yang jenis lahir je terus mengadap komputer..bagi golongan yang low profile macam aku ni memang takde laa orang nak peduli kalau aku tak update pon kan..

memandangkan dah banyak yang aku mengarut kat sini, konklusinya nak cakap bukan salah aku tak update blog..salah jari aku yang malas nak type and otak aku yang malas nak fikir ape nak update..(so end up senang cerita salah aku jugak laa tu kan)



as usual end up story dengan gambar yang takde kaitan..ade aku kesah??


Lots of Love
AMEERA ROSLAN