SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.
Showing posts with label siswa kmpk story. Show all posts
Showing posts with label siswa kmpk story. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Camwhore dengan varsity matriks

Aku ni kan sayang sangat dengan matriks perak dulu.. Everything pasal kmpk, everything yang jadi kat sana, everyone yang ada kat sana, give me memories that i will never can replace.. so hari tu bila ada je member matriks cakap boleh order varsity rugby team kmpk, memang aku terus order la cerita dia.. mana boleh miss.. kalau miss ni memang aku cari batu belah batu bertangkup laa..(eh2, terover plak)..so hari demi hari, detik demi detik berlalu, finally siap laa varsity tu..bila member cakap je dah post, rasa macam taknak keluar rumah nak tunggu varsity tu sampai..(nampak tak semangat tu)..bila dahsampai, first thing to do, tangkap gambor ler..ape lagi..so here there are..teringat balik pahit manis setahun jadi warga kmpk dulu..sob sob..







                                                  Rise and Shine
AMEERA ROSLAN

Saturday, May 5, 2012

the end of matriks life

yeah..since dah lebih seminggu aku habis matriks, entry ni dah dikira lapuk..but better late then never right?? dengan penuh segannya saya mengaku bahawa saya telah menangis pada hari tersebut..sebarang pertanyaan tidak akan dilayan..


credits to ikki for this video..yeah, as you can see in the video, semua pon macam ape dah..happy gila but yet sedih sebab nak tinggal kawan..but life must go on..cakap macam la semua dah tak jumpa lepas ni kan.. ada jodoh jumpa lagi..and the part when i'm with one guy, ka nama dia..actually nama panggilan dia..nama dia saifullah..he is my crush..okay..that is a joke..in case if you didn,t get it..

cry baby

ouhh, another cry baby

all of happy faces

so, this is ka

he again..wink~

megat and boie

jejaka kacak..god, forgive me for my lie..

so, its not the end of our story..believe me, its not going to end here..indeed, its just the beginning..

Monday, April 30, 2012

memori tercipta


menitis air mata bila dengar lagu ni..ingat balik kenangan and memories setahun kat matrik perak..terlampau banyak memori..sampai dah tak tau nak ingat mana satu..happy, sedih, pahit, manis, semua ada..tapi tu semua la yang buat jadi rindu..rindu nak hidup macam kat matrik..but its not going to happen ever again..everything have change..its not gonna be the same anymore..i miss everyone..i miss you guys..alot..no atter what happen, i always love all of you..










Wednesday, April 25, 2012

sunset terakhir kami

mummy..sedih laa itew macam ni..esok itew dah balik kl..dah takde dah kat kmpk ni..itew sedih nak tinggal kawan2 itew..pang penampar sebijik..yang kau ni dah kenapa tak reti nak cakap elok2..so, hari ni last night dekat kmpk..everything last laa..and one of benda yang kitorang selalu buat kat sini, tengok sunset pon last jugak..sangat sedih, tuhan je yang tau..setahun kat sini, terlampau banyak memori dan kenangan..tak kisah la yang happy ke sedih, semua tu tetap jadi kenangan..so tadi kitorang lepak tengok sunset for the last time..ramai tak hengat kanak2 riang keluar lepak hari ni..mentang2 la dah last..kalau tak, haram..semua membuta kat bilik petang2..









kenapa setiap pertemuan pasti ade perpisahan..dan di setiap perpisahan pasti wujud kesedihan..alangkah indah jika persahabatan tiada penghujung..tiada perpisahan..kekal selamanya..tapi itulah kehidupan..

ya Allah, aku bersyukur kerana dikurniakan mereka sebagai sahabat..peliharalah ukhwah ini..semoga ia berkekalan ke akhir hayat..dan semoga ia membawa kebaikan dan ke jalanMu..andai telah tersurat takdirmu untuk kami berpisah, siapalah kami untuk menghalang perpisahan ini..sesungguhnya, Engkau telah memberikan kami peluang untuk bersama2 merasai keindahan persahabatan ini..namun, jadikanlah perpisahan ini permulaan kepada sesuatu yang lebih baik..semoga semua mendapat manfaat daripadanya..Aminn~~

Monday, April 23, 2012

beza student bio and physics

no offense..semua yang terkandung dalam ni hanyalah apa yang dialami oleh saya okay..

student bio lebih kepada menghafal..student physics lebih kepada practical..

kalau student bio dengar lecture, dorang diam and fokus..kalau student physics dengar lecture, dorang nak argue jea kerja..(kalau sape yang bace ni and tetiba cakap, eh mana ada..mesti kau budak physics kan??)

student bio biasanya lebih diam..student physics biasanya speaker..(student bio study 5 orang rase macam sorang..kalau student physics study 5 orang macam satu kampung)

student bio biasanya terima jea ilmu..student physics biasanya lebih kreatif and apply ilmu tu..

student bio baca nota yang banyak tulisan..student physics punya nota semua benda ada..(gambar doremon pon ade..motif??aku pon tak tau..bagi inspiration kot..)

student bio study kena diam2 sebab nak fokus..student physics study bising sebab nak argue..(student physics study diam2 something wrong..mesti tengah tidur atau mengelamun..)

student bio bawak beg penuh buku..student physics bawak handbag jea..lagi kecik lagi stylo..(student physics bawak beg ke??)

lokasi lepas kelas..student bio pergi cubicle jumpe lecturer..student physics kemana??tempat yang ada makanan..tak bistro, kafe..

tempat lepak student bio, library, cubicle, bilik..tempat lepak student physics??padang, dataran, anjung..

student bio jumpe lecturer, dah dekat baru cakap assalamualaikum miss..student physics jumpe lecturer, sebatu lagi dah cakap hye miss..(agak2 satu cubicle boleh dengar)

dalam kelas student bio, lecturer cakap..student diam jea (siap ade bunyi cengkerik lagi)..dalam kelas physics, lecturer tak sempat cakap pon..student jea explain..(harimau mengaum pon tak dengar)

ringing tone atau message alert tone student bio biasa skema..nokia tone ke..kalau student physics kreatif cket..totally spies ke, bunyi doremon ke..

student bio guna pen colourful..student physics pen biru ngan hitam jea..tu pon kira okay...ade guna pensel jea..(betul ke??)

student bio punya alat tulis complete..agak2 satu popular or mph dia borong..student physics bawak pen dua batang jea..tu pun buat pusing kat jari masa dengar lecture..


student bio study sejam habis satu chapter..student physics study sejam, satu soalan pon belum tentu siap..nak argue kan??


meja study student bio penuh buku nota and rujukan..meja study student physics penuh makanan..



ni bukan ada dekat semua student physics or bio..cuma sebahagian besar jea..for now tu jea..nanti aku teruskan investigation okay..peace~


kisah masuk matriks

ingat plak mase mula2 daftar matriks, banyak kenangan..

pening gile dengan jalan nak pergi tempat daftar..serious boleh sesat kot..so end up ingat satu jalan jea nak pergi kelas..senang..takde sesat kat dalam kolej..(kolej patut buat peta untuk student baru)

tak ingat nombor bilik tutorial and tingkat berapa..so kena baca papan tanda bilik tutor ni kat tingkat berapa..

tak ingat jadual and tempat kelas..end up bawak jadual pergi mana2 jea..sebab takut tak jumpa kelas..

tak kenal orang lagi..so jumpa semua orang pon senyum jea..buat muka innocent..padahal dalam hati tuhan jea tau..hehe..

tak tau banyak benda..library bukak sampai pukul berapa..kedai siswa tutup pukul berapa..nak beli makanan kat kafe nak bayar dulu ke makan dulu..

dunia kat kelas dengan bilik jea..tak tau lagi tempat2 nak lepak ni..dah akhir sem, dataran dengan anjung dah jadi rumah kedua sebab selalu lepak..

selalu pergi library beli note, cubicle jumpa lecturer,kuliah and tutor tak ponteng..dah masuk sem 2, jejak kaki kat cubicle pon tak pernah, notes share jea, kuliah lagi banyak ponteng daripada datang..

selalu pakai kad matriks..bangga walaupun muka agak2 dah takleh beza dengan mak cik cleaner..tapi dah nak habis sem kad matriks pon tak tau kat mane..

banyak lagi kot kenangan awal2 masuk matriks dulu..tapi for now tu jelaa..chow~

counting days

pandang kiri, budak bio study..pandang kanan..budak bio study jugak..aku??tengah on9 update blog sementara dapat..sebab esok aku takde paper..muhehehe..tinggal 3 hari lagi kat sini..tiga kali jea lagi tidur atas katil ni..lepas ni dah tak merasa dah..tapi kalau untuk aku lebih tiga kali kot..kalau dah sehari tidur 4 kali memang lah lebih cite dia..adoiyai..tak rasa macam exam..rasa macam minggu qadha tidur..moga Allah bantu and murahkan rezeki aku dan sahabat seperjuangan..amen~~gonna miss everything here..
p/s:entry skema sebab otak tengah blank

Thursday, April 19, 2012

last day of kuliah

last published on 8th april..today is 20th april..aku salah tengok calendar ke memang dah almost 2 weeks aku langsung tak update blog??sadis betol..alasan cliche, busy exam..busy mengalahkan perdana menteri..padahal orang bilik sebelah pon tak perasan kewujudan aku..adehh..dah la last day of kuliah pon dah almost 2 weeks dah lepas and sekarang baru nak cerita..macam lah aku kesah sangat kan..nak baca, silakan..tak nak baca sudah..so last day kitorang satu kelas plan pakai jubah..(obviously la perempuan jea, alahai)..so after kelas tangkap gambar..konon for the last time untuk kenangan..macam tak boleh percaya jea part last time tu sebab semua pon pantang tengok kamera, mesti nak interframe muka..









part yang tak boleh blahnye kitorang tangkap gambar kat dataran pukul 12 tengah hari..memang dah macam barbeque dah semua..sanggup berjemur tengah panas sebab kononnya lighting cantik..hampeh..end up bile dah panas sangat, continue tangkap gambar depan library..sebab nak rasa aircond..ape lah masalahnya.. tapi tak pelik tangkap gambar kat mane2 pon and tak segan sebab last day and semua orang pon tangkap gambar tak kire tempat and dengan siapa..(tapi agak2 lah depan mesin atm pon nak tangkap gambar..tau la mesin atm tu selalu buat hal and kau dah lame dendam dengan dia)..

bagi yang tiba2 terkonfius tengok imej baru aku, tu memang aku..original lagi..and mesti ade yang fikir ouh maybe aku pakai tudung sebab aku pakai jubah..tapi hakikatnye aku dah mula belajar tapi still dalam proses..slow2..doakan untuk kebaikan okay..insyaAllah..

Sunday, April 8, 2012

alahai April

baru perasan yg bulan ni langsung tak update blog kesayangan aku ni lagu..maunya tak update..wifi dah block..padahal study week pon belum masuk lagi..alahai, sabar jelaa..dah laa aku tak bawak laptop..so end up nak online pinjam beruk band and lappy roomate..jasamu dikenang wahai roomate2 ku..banyak sangat event penting april ni..tu yang sampai tak sempat nak update..yang paling seronok, bulan ni maka tamatlah riwayat buku2 matrikulasi sebab dah habis belajar dah..insyaAllah tak payah repeat kot..mintak jauh..yang tak seronok sebab bulan ni jugak la final exam..nak sampai part yang seronok tu kena laa lepas part yang tak seronok tu dulu kan..ye dok??


so, to all matriks perak's students, saya nurul ameera binti roslan dengan ini memohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki atas segala kesalahan tak kira sengaja atau pon tidak sepanjang setahun saya bersama kalian semua di sini..segala kenangan akan sentiasa saya simpan..gud luck and all the best untuk semua..semoga kita semua dapat result yang baik..insyaAllah..ameen~~

Friday, March 30, 2012

juara suara emas polident

last time aku ada cakap yang aku, sha and ikie join pertandingan nyanyian lagu patriotik kan.. walaupun suara kami ala-ala suara emas polident, tapi alhamdulillah dapat juga jadi juara..semangat tu penting..siap practice vokal bagai..alahai..(masalahnye pernah ke kitorang tak semangat)..so ni laa gambar sekitar pertandingan tu..(kitorang kan pantang tak ambik gambar)

ikie kepenatan before pertandingan

yay, ikie dah semangat..

pasukan sorak kami..



tiga suara emas polident..yang kat belakang tu manager..


mase nyanyi pon sempat pose..alahai..

katak mane memekak ni??

pangg..pecah tingkap sebab suara soprano kami bergabung..


pose wajib..dah tak boleh buat apa da..

maafkan kualiti gambar yang mintak penyepak..yang penting gold medal tu..

suara kitorang tak best sangat pon..(padahal tak best langsung pon)..tapi yang penting memori kan??