SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Tuesday, February 12, 2013

semua orang nak cantik

woot woot..nak cakap, sekarang semua orang berebut nak jadi cantik kan??tu apa yang aku perasan laa..i mean, cantik dah jadi satu keperluan asas..kalau tak cantik tak boleh hidup..aku tak cakap la aku tak nak cantik..aku pon tergolong jugak laa..memang semua orang nak jadi yang terbaik and look good..normal laa tu..tapi sekarang ni dah macam melampau pulak..produk2 kecantikan pon dah macam2 yang ada..

dah la produk kecantikan dah bersepah..sampai tak tahu yang mana yang betul2 elok..and now tak payah nak susah2 angkat bontot pergi kedai..beli online je..terus dapat kat rumah..sambil online facebook and twitter, sambil tengok produk kecantikan..order, bank in, and few days sampai depan rumah..whoa.. senang kan..(clap clap)..

produk kecantikan pon dah macam2..dulu cukup laa sabun cuci muka..nak lebih sikit ade krim..sekarang krim pakai tiga kali sehari..different krim plak tu..pagi krim lain..tengahari and malam lain..pencuci muka ada tiga jenis..untuk jerawat, putih, lembut, bla bla bla..lepas cuci muka pakai toner, lepas tu pakai krim, lepas tu pakai pelembap, lepas tu pakai itu ini..seriously??

tak cerita plak pasal produk kecantikan yang buat dari emas 50k la, tahan karat la, perak, gangsa semua ada..lepas tu keluar plak pil2 kecantikan, lotion2, vitamin, rumpai laut..macam2 laa..pastu keluar pulak pemancung hidung, lampu pemutih gigi??what the fish..i know la sape nak keluar dengan gigi tak brush seminggu..eyewww..but lampu pemutih gigi??is this for real??and then lens nak besarkan mata??besar mana lagi kau nak mata kau??alahai jemah..

sape cakap hidung kemek tak cantik??sape cakap kulit gelap tak cantik??sape cakap mata sepet tak cantik??cantik tu kan subjektif..semua orang cantik..no worries..xoxo..

sape cakap gigi berterabur tak cantik..muhaha..




Lots of Love

AMEERA ROSLAN



Monday, February 11, 2013

adat berkawan

woot woot..happy chinese new year to all my chinese friends..biasanya aku post something yang ada kaitan dengan life aku at the moment..but this time aku rasa tak sangat kot..i mean tetiba datang firasat nak update pasal this thing..so alang2 memang dah quite few days tak update, why not aku update je kan..its not that aku ada masalah dengan kawan ke, aku bengan dengan kawan ke, or anything yang sewaktu dengannye..just few tips and reminder la kot..sambil mengingatkan diri sendiri yang takde manusia sempurna kat dunia ni, termasuk aku sendiri..so, here are what i think patut buat untuk berkawan..

1st : first impression (judgement)
perangai manusia ni memang sejak azali suka judge orang lain..even orang yang kita tak kenal..sometimes bagus untuk kita pilih kawan but tu sometimes je..most of the times tak elok..i mean, kita judge from what we see once, without knowing the person betul2..macam if kita nampak orang tu jalan tak pandang orang lain, tak tegur or tak senyum, kita cakap orang tu sombong..padahal orang tu sebenarnya pemalu and segan and susah nak bergaul..so sape salah sekarang??

2nd : give and take
macam aku cakap, takde manusia sempurna dalam dunia ni kan..tapi kenapa nak tengok kekurangan diri orang lain sampai tak nampak kekurangan diri sendiri..if orang lain boleh tolerate dengan kekurangan diri kita and still berkawan dengan kita, kenapa kita tak boleh terima kekurangan orang lain..give and take la bro..jangan ingat diri sendiri je bagus..ini semua poyoo..

3rd : bersangka baik
dah cakap pon kawan kan..jangan la asyik fikir buruk je pasal kawan sendiri..kawan sape..kau jugakk..dia kalah kau cakap dia loser..dia bodoh kau cakap dia noob..dia pandai kau cakap dia berlagak pulak..dia buat baik kau cakap dia nak tunjuk baik..alahai jemah..

4th : sensitivity
ni lagi satu..sikit2 nak sentap..mencikk i tau..bukan aku cakap tak boleh nak sentap..tapi agak2 la bro..tak kan la dia guna ubat gigi kau pon kau nak sentap..kurangkan senstitivity diri sendiri..lebihkan fikir sensitivity oorang lain..kau fikir kau je boleh sentap..mak pon boleh noks..

5th : be in other's shoes
aku bukan nak kau rembat kasut kawan kau..but if apa2 jadi, cuba fikir kalau benda tu jadi kat kau apa kau akan buat..kau akan buat benda yang same macam kawan kau buat tak..kalau kau fikir macam tu masa tengah marah memang la kau akan jawab tak..tapi cuba jujur kat diri sendiri..

aku pernah baca satu quote ni, bersyukurlah walaupun kawan kita tak sempurna..sebab dia telah dihantar untuk berkawan dengan kita..kalau dapat kawan yang sempurna susah jugak..sebab nampak sangat la kita yang tak sempurna nanti..kan kan..xoxo




p/s : aku tak cakap aku kawan yang baik..cuma aku cuba jadi kawan yang terbaik..





Lots of Love

AMEERA ROSLAN








Friday, February 1, 2013

Aku anak kampung #1

Haaa..maka sampailah daku di kampung tercinta bermanja dengan tok wan tercinta (bermanja la sangat)..mukaddimah dia da sejam setengah (kena bebel dengan tok wan la tu)..pastu tok wan nak masak sup sayur..geledah peti ais sayur non hado..hamek kau..nak masak ape..maka cucu solehah ini disuruhnya ke kedai pok loh beli sayur..katanya nak lobak and kubis..jangan terkejut kalau aku tanya macam mana rupa benda alah tu (anak dara moden la katakan)..whip cream,esen vanila,gula castor aku kenal la.. Tok wan cakap tanya je orang tu..adeh..mano nak tarok muko ni ha..buat muka konfiden jela..
Maka kuredah panas terik mencari sayur demi tok wan terchenta..tok wan cakap ada jalan pintas cross ikot rumah orang and jalan sempit..mau sesat aku dalam hutan belukar tu..aku redah je jalan tar walauoun jauh and panas sikit..sampai kat kedai buat muka konfiden ambik sayur yang tok wan nak..ambik banyak sikit tak pe asal tok wan puas hati..setakat rm10 aku sanggup..mak cik tu tanya datang dari mana..cakap la rumah belakang sane (muncung panjang sejengkal nak tunjuk jauhnye rumah)..mak cik tu tanya rumah sape..cakap la wan hashimi..mak cik tu cakap laaa rumah wan mie (panggilan manja pak cik aku kot)..belakang ni je..lalu lorong ni terus sampai..kenapa ikot jalan jauh..adeh..padan muka aku tak dengar cakap tok wan..aku tanya mak cik tu berapa semua sayur aku ambik..dalam hati bajet rm10..mak cik tu cakap rm4..mak oi..tau macam tu aku beli satu kedai..so balik aku ikut jalan kecik tu..yay..ini lah untung kat kampung..mak cik jual sayur yang ringan mulut bertanya dari mana kalau orang dia tak biasa nampak (nak harap aku tanya memang berjanggut la) and mak cik jual sayur yang boleh kenal semua orang sampai kampung sebelah and jalan shortcut redah belukar and sayur half price berbanding kt kl..chow..

P/s : aku update pakai fon nokia 3310i je..so xde la signature and x colourful..