SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Saturday, June 9, 2012

yaeba trends in japan

so, pagi tadi went for watsons you awards audition..don't ask me anything about it..bukan nak cerita pasal tu pon..masa audition, met this one chinese girl..cantik sangat..dah macam model..nama dia chelsea..yeah, chelsea.. nak aku ulang balik??chelsea..ok dah..menyampah pulak dok ulang banyak2 kali..so this girl, masa mula2 nampak aku as usual aku akan senyum..dia nampak aku senyum terus dia datang and cakap kat aku, "hey, did you do your teeth??"..speaking gitew..aku paham lew..cuma blurr sebab tak faham maksud dia..buat ape??gigi aku original dari ladang..apa maksud dia..so dia cakap laa now dah jadi trend dekat japan orang implant gigi taring..what the fish??they actually pay to get their teeth like me??whoahh..and aku kat sini pening2 macam mana nak betulkan gigi aku sebab dah tak boleh nak betulkan??apa masalah dorang??ke aku yang masalah??

gigi dah cantik pergi tambah taring plakk..


dorang gam artificial teeth on natural teeth dengan non-permanent glue so that nampak lagi panjang macam taring..motif??sebab lelaki jepun cakap girl with these imperfection looks more cute..tak percaya baca kat sini..wahai lelaki2 jepun di luar sana, taring saya original..tak pakai gam uhu..masuklah meminang..

gigi taring asli..tak pakai uhu or polident..

so sekarang, aku yang tak bersyukur ke dorang yang tak bersyukur??

family outing #1

well, memang laa this is not the first time we go for family outing together, i mean extreme wish club family..dah selalu sangat dah..selasa and khamis malam ada badminton..sabtu petang ada netball..sabtu malam ada takraw..so memang always together laa kan..dah rapat sangat macam family sendiri dah..even kalau konvoi pergi mana2 pon, anak sendiri bersepah dalam kereta orang lain..anak orang lain plak penuh dalam kereta kita..kira macam anak kau anak aku jugak laa..so hari ni went for majlis akikah anak uncle awat, then majlis kahwin adik uncle wan..later ingat nak balik..but balik lah sangat..macam boleh percaya jea balik diorang tu kan..so end up picnic dekat community park cyberjaya sampai maghrib..terbaik..lepak macam esok tak jumpa..padahal esok nak lepak makan durian plak..

cantik berbaju kurung sebab nak pegi majlis kahwin

ni sindrom adik beradik kot..

ni pon sama..alahai..

haa..kan ayu macam ni..(bluekk)


kakak aku sayang aku..kau hade??

community park cyberjaya..

rasa nak nyanyi jap..gadis ayu..lalala~~

sudah sudah..naik muak dah tengok muka ni..

ada lagi ke??

cukup cukup laa tu..

model playground yang dah terlebih umur..

over pulak model playground ni..

anak2, main elok2..mak nak mesej jap..



bajet nak main slide yang macam terowong tu..tak sedar uur dah nak masuk 20..end up tersangkut dalam slide sebab slide panjang sangat..lepas tu salahkan slide tak licin..apa laa masalah..

Friday, June 8, 2012

crazy day with girlfriends

after 40 days tak jumpa my girlfriends, we meet again on 6th June..actually kalau nak jumpa sha boleh jea sebab dekat..tapi yang lain jauh..so since ikkie turun kl, we hang out together laa..first ikkie cakap nak shopping tudung kat jalan tar..so after that we move to times square..shopping..lepak and makan together..this time my sis pon ada..and ikkie punya cousin pon ada..tapi cahaya tak ada..is okayy..next time turn lepak with cahaya pulak..

three of us..(tak plan pon pakai baju hitam putih)

pedulikan muka aku yang dah makin bulat

as usual, cam whore..




sha and ikkie

walaupun jumpa kejap jea, its better than tak jumpa langsung kan..at least lepas jugak rindu and at least i know we are still like he old days..crazy and happy..miss you guys..thats including you cahaya..

brand ambassador @ showgirl

last time dapat follow as brand ambassador or showgirl kat himpunan sejuta belia putrajaya..seronok..kerja just berdiri bagi flier kat customer and tangkap gambar with customer..promote brand 4x4 car challange.. panas but enjoy..first time follow event camni..okay laa for new experience..





Tuesday, June 5, 2012

puding karamel simple

since mak aku memang favourite dia is puding karamel, so memang selalu laa aku kena buat puding karamel tu.. sampai dah master dah..dah jadi experties..amboi, berlagak tak beragak..agak2 makan tak kena keracunan makanan sudah..asal boleh telan sudah..so nak buat puding karamel ni biasanya banyak version..aku pon buat yang simple jea..

bahan-bahan :
susu cair 1 tin
telur 7-8 biji
gula 1-1 1/2 cawan (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan)
gula untuk topping (3-4 sudu besar)

cara-cara :
* masak gula dalam loyang sampai perang and pekat..kacau continuously so that gula tu tak hangus and berketul..kalau hangus pahit plak nanti..sejukkan gula yang dah dimasak sampai keras..
* pukul telur sampai kembang..kalau ada mixture lagi bagus..lagi kembang and lama pukul telur tu, lagi gebu and ringan puding nanti..masukkan gula and pukul lagi..
* bila telur dah betul2 kembang and ringan, masukkan susu cair..pukul lagi dalam 5 minit..
* masukkan dalam loyang yang ada gula perang yang dah disejukkan..
* masukkan loyang dalam pengukus yang dah dipanaskan..
* tunggu dalam 30-45 minit..

haa..simple je kan..aku rasa kuih ni laa yang paling simple nak buat..sedap plak tu..kejap jea dah boleh makan..mak aku pantang nampak telur cam banyak jea kat dalam peti ais, and susu cair pon ada, mula laa buat request nak makan puding karamel..nasib baik senang..so selamat mencuba..



Thursday, May 31, 2012

tips kuatkan memori

tak tau laa kenapa, lately aku selalu sangat lupa or dalam bahasa jawanya dikenali sebagai nyanyuk.. agak2 lah aku masuk dapur sebab nak minum air..jarak perjalanan dari ruang tamu sampai dapur tak sampai dua marhalah..err, 2 minit jea kot..sampai dapur, bukak peti ais, nampak coklat..then dah lupa apsal aku bukak peti ais..ambik coklat..jalan pergi ruang tamu balik..dah duduk depan tv..baru ingat aku tak minum air lagi..alahai.. nyanyuk mengalahkan peserta kilauan emas..banyak sangat makan semut kot..semut masak asam, semut gulai, semut masak lemak, sirap semut ais..tu yang jadi short term memory lost..so, ni tips yang aku tau untuk kuatkan memori laa..

1 : jaga pemakanan
bak kata aku tadi, banyak sangat makan semut boleh buat daya ingatan lemah..benda2 masam, asam, jeruk dan yang sewaktu dengannya pon sama..so, makanan yang aku tau boleh improve memory korang ialah kismis, madu lebah asli, susu atau yogurt, telur, and oat..jangan laa kau baru makan kismis sekali, dah laa sekali, sebiji plak tu, and kau dah expect memory kau dah kuat..try pergi hafal yellow pages or kamus oxford..tapi tak ingat jugak..then datang hentam aku..tu kerja gila namanya..

oat dengan buah berry baik untuk otak..

2 : ambik supplement
tak semua orang biasa ambik supplement untuk otak..tak penting and membazir duit katanya..yang korang pergi beli topup buat berhayut malam2 tu tak membazir plak..(macam aku tak bergayut laa plak kan).. dulu kecik2 aku selalu makan appeton atau champs (kalau tak silap aku la)..sekarang mak aku suruh makan examo..minyak ikan kod pon okay jugak..tak pon pati ayam brands tu..jangan laa korang pergi makan jamu mak dara plak..habis duit untuk otak tahan lama berbaloi kot..ni umur tak masuk 30 lagi dah berkarat..

examo

pati ayam brands

3 : latih otak 
aku tak suruh korang hantuk kepala kat dinding sebab nak latih otak korang..tu bukan lagi kuat daya ingatan, tu lagi bangang jadinye nanti..latih otak dengan main game yang memerlukan otak untuk berfikir..sudoku ke, rubicube ke, puzzle ke, teka silang kata or yang sewaktu dengannya..agak2 kalau main dota boleh latih otak, hentam saja laa..sebab yelaa, dota kan korang kena fikir strategi..(aku rasa korang main tembak jea kan)




4 : tengok benda cantik
bila tengok benda2 cantik, otak jadi tenang and relaks..orang cakap laa..aku tak tau plak kan..biasanya benda cantik ni macam tengok benda2 hijau, laut, bunga..kalau korang rasa muka korang cantik, so tengok laa cermin..jangan sampai pecah cermin tu sudah..nak lagi mujarab, meh tengok muka aku.. konfem hilang ingatan terus..


cakap pasal tengok benda cantik, letak gambar aku..macam takde kaitan jea..motif??

5 : baca al-quran
ayat2 al-quran boleh menguatkan daya ingatan otak..sebab tu pelajar tahfiz, walaupun kena hafal sebiji al-quran tu, diorang still boleh hafal and belajar sampai berbelas subjek..padahal nak hafal sebiji al-quran tu pon dah penuh kepala kan..tapi setiap kali baca al-quran, daya ingatan semakin kuat..so, renung2kan dan selamat beramal laa ye..


so aku bagi 5 jea dulu..tak boleh bagi banyak2..takut korang lagi genius dari aku..aku dah laa short term memory lost skarang..entah2 jap lagi aku pon lupa aku penah bagi tips ni..

watsons you awards 2012

semalam dapat one call from watson..for those yang tanya watsons?? ape tu?? alaa, watsons yang adik beradik ngan guardian tu..sepupu belah mak cosway..tau tak??so, one chinese girl from watsons call..cakap nak cakap ngan miss ameera..so aku cakap la, aku miss ameera..then dia cakap, miss ameera, you have been selected as participant for watsons you awards untuk kategori body beautiful..baru aku ingat yang aku ada send picture untuk contest tu..hantar suka2 jea pon..(bukan perasan cantik ok, aku sedar aku tak cantik pon).. serious just for fun..then dia suruh aku pergi audition 9 june ni..tengok laa macam mana..if kebetulan free masa tu, why don't give a try kan??tak salah pon..takkan nak mengalah before bertanding..so wish me luck..


ni pic yang aku hantar untuk contest tu..

ni last year punye winners..ada chance tak??