SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Monday, June 11, 2012

family outing #2 - mandi sungai

ni sambungan cerita makan durian kat kampung aunty reen..whoahh..siap berepisod ni..bagi laa beratus episod macam sinetron indon pon kalau orang tak nak baca sia2 jugak..ok dah..tak nak buat ayat sentap..susah nak kahwin nanti..kaitan??aku pon tak tau..so after makan durian, semua dah ready nak terjun sungai..air sungai kat kampung memang laa sejuk..dah laa sungai ni air dia deras gile..nak jalan pon susah wa cakap lu..angkat jea kaki rasa macam hanyut..seksa gila..tapi best laa..sebab baring jea air sungai hanyutkan..dah mcam kayu balak dah..

ni mula2 nak turun..punya laa seksa..

kakak konon nak tolong aku..tak nak bagi hanyut air..boleh harap ke??ntah2 dia yang hanyut dulu nanti..

end up duduk tengok dafi main air sebab air deras sangat..

as usual, boleh bukak nursery dengan budak2..

pic kat sungai tak banyak..sebab uncle dreff merangkap photographer tak bertauliah pon nak mandi sungai jugak..kau ingat murah camera dia nak masuk sungai..lagi pon tak enjoy laa kan kalau asyik nak tangkap gambar jea..(ayat nak sedapkan hati)


family outing #2 - durian time

this one durian time kat around semenyih kot..kampung aunty reen..padahal last week baru jea kenduri durian kat muar, kampung aunty bai..this month kerja balik kampung orang jelaa kan..makan durian sampai muntah..tapi last time durian kat kampung aunty bai cantik sebab durian kahwin..durian pon boleh kahwin tau..this time durian biasa jea tapi best jugakk..kat pokok bersepah durian..nak main pon takut kena hempap dengan durian..first time tengok buah durian atas pokok..yeah, aku memang jakun..kebetulan depan rumah aunty reen ada sungai..elok sangat laa tu..lepas makan durian semua dah panas..so pergi laa terjun sungai..serious macam kampung life gila..

muka excited baru sampai kampung..

alahai sopannya anak dara..salam nenek aunty reen dulu..

hah jemput masuk..buat macam rumah sendiri..

ibu dah start..aku belum lagi..kejap je lagi..

haa..kan dah start tu..

muka kalau dah menghadap durian..

makan sampai tak ingat dunia..

later akan update more pictures mandi sungai plak..and event of the night, surprise birthday party ibu..

Saturday, June 9, 2012

yaeba trends in japan

so, pagi tadi went for watsons you awards audition..don't ask me anything about it..bukan nak cerita pasal tu pon..masa audition, met this one chinese girl..cantik sangat..dah macam model..nama dia chelsea..yeah, chelsea.. nak aku ulang balik??chelsea..ok dah..menyampah pulak dok ulang banyak2 kali..so this girl, masa mula2 nampak aku as usual aku akan senyum..dia nampak aku senyum terus dia datang and cakap kat aku, "hey, did you do your teeth??"..speaking gitew..aku paham lew..cuma blurr sebab tak faham maksud dia..buat ape??gigi aku original dari ladang..apa maksud dia..so dia cakap laa now dah jadi trend dekat japan orang implant gigi taring..what the fish??they actually pay to get their teeth like me??whoahh..and aku kat sini pening2 macam mana nak betulkan gigi aku sebab dah tak boleh nak betulkan??apa masalah dorang??ke aku yang masalah??

gigi dah cantik pergi tambah taring plakk..


dorang gam artificial teeth on natural teeth dengan non-permanent glue so that nampak lagi panjang macam taring..motif??sebab lelaki jepun cakap girl with these imperfection looks more cute..tak percaya baca kat sini..wahai lelaki2 jepun di luar sana, taring saya original..tak pakai gam uhu..masuklah meminang..

gigi taring asli..tak pakai uhu or polident..

so sekarang, aku yang tak bersyukur ke dorang yang tak bersyukur??

family outing #1

well, memang laa this is not the first time we go for family outing together, i mean extreme wish club family..dah selalu sangat dah..selasa and khamis malam ada badminton..sabtu petang ada netball..sabtu malam ada takraw..so memang always together laa kan..dah rapat sangat macam family sendiri dah..even kalau konvoi pergi mana2 pon, anak sendiri bersepah dalam kereta orang lain..anak orang lain plak penuh dalam kereta kita..kira macam anak kau anak aku jugak laa..so hari ni went for majlis akikah anak uncle awat, then majlis kahwin adik uncle wan..later ingat nak balik..but balik lah sangat..macam boleh percaya jea balik diorang tu kan..so end up picnic dekat community park cyberjaya sampai maghrib..terbaik..lepak macam esok tak jumpa..padahal esok nak lepak makan durian plak..

cantik berbaju kurung sebab nak pegi majlis kahwin

ni sindrom adik beradik kot..

ni pon sama..alahai..

haa..kan ayu macam ni..(bluekk)


kakak aku sayang aku..kau hade??

community park cyberjaya..

rasa nak nyanyi jap..gadis ayu..lalala~~

sudah sudah..naik muak dah tengok muka ni..

ada lagi ke??

cukup cukup laa tu..

model playground yang dah terlebih umur..

over pulak model playground ni..

anak2, main elok2..mak nak mesej jap..



bajet nak main slide yang macam terowong tu..tak sedar uur dah nak masuk 20..end up tersangkut dalam slide sebab slide panjang sangat..lepas tu salahkan slide tak licin..apa laa masalah..

Friday, June 8, 2012

crazy day with girlfriends

after 40 days tak jumpa my girlfriends, we meet again on 6th June..actually kalau nak jumpa sha boleh jea sebab dekat..tapi yang lain jauh..so since ikkie turun kl, we hang out together laa..first ikkie cakap nak shopping tudung kat jalan tar..so after that we move to times square..shopping..lepak and makan together..this time my sis pon ada..and ikkie punya cousin pon ada..tapi cahaya tak ada..is okayy..next time turn lepak with cahaya pulak..

three of us..(tak plan pon pakai baju hitam putih)

pedulikan muka aku yang dah makin bulat

as usual, cam whore..




sha and ikkie

walaupun jumpa kejap jea, its better than tak jumpa langsung kan..at least lepas jugak rindu and at least i know we are still like he old days..crazy and happy..miss you guys..thats including you cahaya..

brand ambassador @ showgirl

last time dapat follow as brand ambassador or showgirl kat himpunan sejuta belia putrajaya..seronok..kerja just berdiri bagi flier kat customer and tangkap gambar with customer..promote brand 4x4 car challange.. panas but enjoy..first time follow event camni..okay laa for new experience..





Tuesday, June 5, 2012

puding karamel simple

since mak aku memang favourite dia is puding karamel, so memang selalu laa aku kena buat puding karamel tu.. sampai dah master dah..dah jadi experties..amboi, berlagak tak beragak..agak2 makan tak kena keracunan makanan sudah..asal boleh telan sudah..so nak buat puding karamel ni biasanya banyak version..aku pon buat yang simple jea..

bahan-bahan :
susu cair 1 tin
telur 7-8 biji
gula 1-1 1/2 cawan (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan)
gula untuk topping (3-4 sudu besar)

cara-cara :
* masak gula dalam loyang sampai perang and pekat..kacau continuously so that gula tu tak hangus and berketul..kalau hangus pahit plak nanti..sejukkan gula yang dah dimasak sampai keras..
* pukul telur sampai kembang..kalau ada mixture lagi bagus..lagi kembang and lama pukul telur tu, lagi gebu and ringan puding nanti..masukkan gula and pukul lagi..
* bila telur dah betul2 kembang and ringan, masukkan susu cair..pukul lagi dalam 5 minit..
* masukkan dalam loyang yang ada gula perang yang dah disejukkan..
* masukkan loyang dalam pengukus yang dah dipanaskan..
* tunggu dalam 30-45 minit..

haa..simple je kan..aku rasa kuih ni laa yang paling simple nak buat..sedap plak tu..kejap jea dah boleh makan..mak aku pantang nampak telur cam banyak jea kat dalam peti ais, and susu cair pon ada, mula laa buat request nak makan puding karamel..nasib baik senang..so selamat mencuba..