SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Friday, June 15, 2012

shortlisted untuk casting filem

jangan pedulikan tajuk yang saja nak mintak perhatian lebih tu..nampak sangat laa tak cukup kasih sayang..tu laa dulu time kecik aku nak jadi sailormoon mak aku tak bagi..sekarang mula la nak perhatian lebih..(okay, takde kaitan)..so, masuk bab entry this time..tadi tengah seronok korek hidung sambil baca novel, (tak senonoh punye anak dara), aku dapat mesej..lately fon ni aku tak dapat bezakan silent ke tak..sebab langsung tak berbunyi..(ayat sedih nak cakap takde orang contact laa)..dengan malas and takde semangat sebab biasanya kalau ada mesej pon mesti dari ayah angkat aku yang warna biru (celcom) cakap pasal kolony atau bola..mesej dia berbunyi lebih kurang camni laa :-

amy, can u come casting tomorrow at bla bla bla damansara at 12-2pm..u're shorlisted for a malay cinema movie..shoot in july..from GB talents..

perghh wa cakap lu..kembang hidung boleh muat treller 10 biji tu..(hiperbola melampau)..tapi tak tau laa..aku tak pernah pulak berminat or tefikir nak berlakon or yang sewaktu dengannya..if suruh aku pilih antara berlakon and modelling, aku pilih modelling..and if suruh pilih modelling and melukis, aku pilih melukis.. for me, aku buat modelling pon for fun..tak pernah terfikir nak buat for life..takde life aku nanti..half an hour later, dapat lagi satu mesej yang berbunyi :-

please come casting for excel8 tvc tomorrow at bla bla bla damansara perdana cz u have been shortlisted..

seriously ni prank ke ape??ke dorang salah hantar mesej..malas aku nak ulas panjang..dapat mesej memang excited..tapi nak pergi memang tak laa..bagi aku mesej cakap aku dah terpilih masuk upm course architecture..konfem aku melompat sampai roboh katil..

p/s : moral of the story, i love drawing more than everything in this world..one day i will share my drawing with you guys..





Monday, June 11, 2012

settle masalah susah nak tidur

lately tak tau kenapa selalu problem bila nak tidur..dah pejam mata tapi bukak balik..biri2 dah berapa ratus ekor kira, tak tidur jugak..bukan setakat biri2, kambing, lembu, unta, semua dah kira..tak jadi jugak..sape punya teori la ni suruh kira biri2 kalau nak tidur..tak jadi pon..so ingat balik masa kat kolej dulu pernah dengar iklan kat radio pasal masalah susah nak tidur ni..solution dia tinggikan bantal..motif??nak bagi kurang oksigen kat kepala yang finally buat mata mengantunk..bingo..memang jadi..tidur tak bangun samapi 14 jam..heaven jea hidup..biasanya susah nak tidur ni sebab badan tak relaks..so relakskan badan dulu sebelum tidur..tarik nafas dalam2 and lepas slow2..minum susu pon okay..pasang music slow..tak pun pasang  perfume candle or potpuri tu..tak tidur jugak??kau pergi farmasi mintak racun tikus satu..konfem tidur..tak bangun lagi dah..








p/s : gambar memang takde kaitan ngan entry pon..saje nak promote and market muka sendiri..

last day at desaru

post ini tersangatlah lambat di update sebab aku pergi desaru tu last week..so dah seminggu baru nak update sebab takde pic..tak seronok plak update blog takde pic kan..rase cam tak complete..padahal alasan je semua tu..cakap jelaa malas nak update..tapi serious laa..ada tak anyone yang boleh create blog yang automatic update..ke ada tak sape2 yang rajin tolong updatekan blog aku??aku belanja laa kuih karipap 2 biji..karipap sekarang 2 biji pon dah seringgit tau..ok laa tu..so last day kat desaru, sempat laa camwhore kejap..before gerak muar pergi kampung aunty bai..kenduri durian..wee~~

me with wawan..

dekat lobby while waiting papa nak check out..

me with aunty reen..

again aunty reen..

me with mom..





family outing #2 - surprise birthday party ibu

birthday ibu hari ni, 11th june..so aunty and uncle2 memang dah plan nak buat surprise kat ibu semalam..ibu dah dapat agak sebab sebelum ni semua aunty2 pon kena surprise jugak..tapi ibu cakap dia bajet midnight..so if kitorang balik awal sebab hari ni adik2 sekolah, tak sempat laa nak buat surprise kat dia..so selamat laa dia.. bajet ibu lari laa kot..sebab tak sempat midnight dah kena surprise..sampai nangis ibu sebab terharu..

aku tau muka aku macam hantu..fine..ignore it..

reaksi speechless ibu..






my whole family with aleesya..anak angkat kesayangan ibu..

p/s : please ignore semua muka aku dalam pic ni sebab sangat2 buruk..tanx..







family outing #2 - mandi sungai

ni sambungan cerita makan durian kat kampung aunty reen..whoahh..siap berepisod ni..bagi laa beratus episod macam sinetron indon pon kalau orang tak nak baca sia2 jugak..ok dah..tak nak buat ayat sentap..susah nak kahwin nanti..kaitan??aku pon tak tau..so after makan durian, semua dah ready nak terjun sungai..air sungai kat kampung memang laa sejuk..dah laa sungai ni air dia deras gile..nak jalan pon susah wa cakap lu..angkat jea kaki rasa macam hanyut..seksa gila..tapi best laa..sebab baring jea air sungai hanyutkan..dah mcam kayu balak dah..

ni mula2 nak turun..punya laa seksa..

kakak konon nak tolong aku..tak nak bagi hanyut air..boleh harap ke??ntah2 dia yang hanyut dulu nanti..

end up duduk tengok dafi main air sebab air deras sangat..

as usual, boleh bukak nursery dengan budak2..

pic kat sungai tak banyak..sebab uncle dreff merangkap photographer tak bertauliah pon nak mandi sungai jugak..kau ingat murah camera dia nak masuk sungai..lagi pon tak enjoy laa kan kalau asyik nak tangkap gambar jea..(ayat nak sedapkan hati)


family outing #2 - durian time

this one durian time kat around semenyih kot..kampung aunty reen..padahal last week baru jea kenduri durian kat muar, kampung aunty bai..this month kerja balik kampung orang jelaa kan..makan durian sampai muntah..tapi last time durian kat kampung aunty bai cantik sebab durian kahwin..durian pon boleh kahwin tau..this time durian biasa jea tapi best jugakk..kat pokok bersepah durian..nak main pon takut kena hempap dengan durian..first time tengok buah durian atas pokok..yeah, aku memang jakun..kebetulan depan rumah aunty reen ada sungai..elok sangat laa tu..lepas makan durian semua dah panas..so pergi laa terjun sungai..serious macam kampung life gila..

muka excited baru sampai kampung..

alahai sopannya anak dara..salam nenek aunty reen dulu..

hah jemput masuk..buat macam rumah sendiri..

ibu dah start..aku belum lagi..kejap je lagi..

haa..kan dah start tu..

muka kalau dah menghadap durian..

makan sampai tak ingat dunia..

later akan update more pictures mandi sungai plak..and event of the night, surprise birthday party ibu..

Saturday, June 9, 2012

yaeba trends in japan

so, pagi tadi went for watsons you awards audition..don't ask me anything about it..bukan nak cerita pasal tu pon..masa audition, met this one chinese girl..cantik sangat..dah macam model..nama dia chelsea..yeah, chelsea.. nak aku ulang balik??chelsea..ok dah..menyampah pulak dok ulang banyak2 kali..so this girl, masa mula2 nampak aku as usual aku akan senyum..dia nampak aku senyum terus dia datang and cakap kat aku, "hey, did you do your teeth??"..speaking gitew..aku paham lew..cuma blurr sebab tak faham maksud dia..buat ape??gigi aku original dari ladang..apa maksud dia..so dia cakap laa now dah jadi trend dekat japan orang implant gigi taring..what the fish??they actually pay to get their teeth like me??whoahh..and aku kat sini pening2 macam mana nak betulkan gigi aku sebab dah tak boleh nak betulkan??apa masalah dorang??ke aku yang masalah??

gigi dah cantik pergi tambah taring plakk..


dorang gam artificial teeth on natural teeth dengan non-permanent glue so that nampak lagi panjang macam taring..motif??sebab lelaki jepun cakap girl with these imperfection looks more cute..tak percaya baca kat sini..wahai lelaki2 jepun di luar sana, taring saya original..tak pakai gam uhu..masuklah meminang..

gigi taring asli..tak pakai uhu or polident..

so sekarang, aku yang tak bersyukur ke dorang yang tak bersyukur??

family outing #1

well, memang laa this is not the first time we go for family outing together, i mean extreme wish club family..dah selalu sangat dah..selasa and khamis malam ada badminton..sabtu petang ada netball..sabtu malam ada takraw..so memang always together laa kan..dah rapat sangat macam family sendiri dah..even kalau konvoi pergi mana2 pon, anak sendiri bersepah dalam kereta orang lain..anak orang lain plak penuh dalam kereta kita..kira macam anak kau anak aku jugak laa..so hari ni went for majlis akikah anak uncle awat, then majlis kahwin adik uncle wan..later ingat nak balik..but balik lah sangat..macam boleh percaya jea balik diorang tu kan..so end up picnic dekat community park cyberjaya sampai maghrib..terbaik..lepak macam esok tak jumpa..padahal esok nak lepak makan durian plak..

cantik berbaju kurung sebab nak pegi majlis kahwin

ni sindrom adik beradik kot..

ni pon sama..alahai..

haa..kan ayu macam ni..(bluekk)


kakak aku sayang aku..kau hade??

community park cyberjaya..

rasa nak nyanyi jap..gadis ayu..lalala~~

sudah sudah..naik muak dah tengok muka ni..

ada lagi ke??

cukup cukup laa tu..

model playground yang dah terlebih umur..

over pulak model playground ni..

anak2, main elok2..mak nak mesej jap..



bajet nak main slide yang macam terowong tu..tak sedar uur dah nak masuk 20..end up tersangkut dalam slide sebab slide panjang sangat..lepas tu salahkan slide tak licin..apa laa masalah..