SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Thursday, August 4, 2011

first muslimah girl header design

actually this thing was requested by my sistah yang secara tak officialnya meng-stalk blog adik sendiri.. haisyhh.. so, this is it yea kakak sayang..ni baru satu..agak susah nak design yang muslimah punye..if tak menarik hati, tunggu next design..


Tuesday, August 2, 2011

dahlia punca khairul fahmi putus tunang????!!!she's my friend!!!

ohmygod...seriously??saje jea,since dah macam katak bawah tempurung, so try laa blog walking tengok pasal KFCM putus tunang..then terbaca nama girl yang dikaitkan dengan punca KFCM putus tunang, DAHLIA.. ok lagi..then KFCM cakap dia budak klantan and belasan tahun..damn..ade perasaan tak enak disitu.. search, and pufff, terbukti DAHLIA 2 kawan aku mase skolah menengah..and obviously laa sebaya ngan aku, 18 tahun.. seriously KFCM putus tunang sebab this girl???ridiculous gile keputusan KFCM..think laa weyh.. at least kau punye tunang 2 dah ade masa depan..bukan aku nak mengata kawan sendiri but she's only 18 dude.. what the hell!!!

ni laa dahlia kawan aku yang dikatakan punca KFCM putus tunang..betol ke???

KFCM,APEK-TIADA ORANG KETIGA

Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.
Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.


Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


khairul fahmi putus tunang????!!!

yeah,,aku tau aku abit late pasal ni..but what to do..sibuk gile ngan exam plus aku dudk ni ntah kat ceruk mane..so lambat la sikit sampai information ni..ni pon dapat tau dari mom..cz mom mmg tau aku obses ngan khairul fahmi ni..tengah relax study chemistry utk mid sem test, tetibe mom message..
"haa..dah boleh concentrate laa study 2..khairul fahmi dah putus tunang"
i was like what the hell..seriously??then terus on my lappy and search elia's blog, tunang khairul fahmi.. and puffff, terbukti, its true...but why???yeah, obviously at the first moment i was like yayyyy,dia putus tunang..but later on im curious why..they are such a sweet couple..boleh dapat award couple of the year kot..they are so sweet together..yeah, of course aku tak kenal dorang pon but at least from what i read from elia's blog, i also can feel the happiness between them..first2 tau dorang bertunang dulu xyah citer r,frust menonggeng..(citer cam aku ney ade pape ngan khairul fahmi plak kan..)no laa,im a big fan of him..bukan stakat big fan, dah tahap obses dah..sampai after dia bertunang, langsung taknak tengok bola or even dengar bout bola..takut still fikir pasal dia..yeah i know, over plak kan..macam laa dia kenal aku..n skang pon still over..xleh jawab soalan chemistry tadi cz dok sibuk pikir pasal dorang..mesti elia tengah sedih gile..putus tunang babe..adoiii..ape da jadi ni..for elia, ni semua dugaan..bulan ramadhan ni rahmat melimpah..insyaallah ada hikmah disebalik semua ni..moga elia kuat..amiiinn..
p/s:for more info,jenguk2 laa blog elia..

Sunday, July 31, 2011

more girls design

all the design boleh letak kat header or footer..just like mine..;D






girls collection design

antara design yang sempat aku buat..tak cantik sangat pon but at least aku puas..










Friday, July 29, 2011

demam mid sem test

biarlah pic2 ni yang ceritakan ape dah jadi kat aku this whole week..huru hara haru biru weyh..dah rase macam nak ambik spm balik..tak tenteram hidup aku..waa~~mid sem test jea kot..

bukan lakonan semata-mata..



kantoi conteng buku sebab tak dapat jawapan..

bukan nak cakap aku anak dara pemalas lipat baju, tapi nak tunjuk aku x sempat nak lipat baju pon..

agak-agak mane aku tidur???

so, conclusionnye aku tak tido pon..tido kejap2 jea atas lantai..later aku post macam mane aku tido ngan geng2 aku plak sepanjang study week ni..demi 4 flat,kami sanggup..amiinn..

Thursday, July 28, 2011

mind map science computer chapter 2


haa..penattt..this week tidur pon sikit2 jea..tak boleh nak tidur lama bile pikir mid sem test next week..seriously cuak..memang laa mid sem test jea..blom final lagi..tapi ni pon dikira jugak..kalau kat sni dah kantoi, camne nak dpat 4 flat kan..mak aku cakap dia xnak flat..dia nak kondo jea..aku x kire..aku nak flat jugakk..so kena la usaha lebih cket..ni nota science comp chapter 2..nnti aku upload nota lain plak..daa..